Dalam
sistem pendidikan negara, bahasa Melayu adalah mata pelajaran wajib yang perlu
dipelajari secara formal oleh pelajar sekolah menengah. Penyerapan komponen
sastera dalam pendidikan bahasa Melayu adalah pelengkap bagi mempelajari
kemahiran bahasa yang difokuskan dalam bidang interpersonal, bidang maklumat
dan bidang estatika. Komponen sastera juga sebagai pelengkap kepada kemahiran
lisan dan bertutur, membaca dan menulis (Naffi Mat: 2006).
Namun,
masalah yang sering dihadapi dalam pengajaran komsas ialah pelajar kurang
berminat dan merasakan pengajaran komsas tidak menyeronokkan. Selain itu, ada
yang beranggapan pengajaran komsas membebankan kerana banyak bahan atau karya
yang perlu dibaca.
Manakala
dari segi pengajaran pula, guru
kurang melakukan hubungan atau relasi dengan para murid yang menjadi peserta
didiknya. Guru
juga kurang menggunakan alat ataupun media pembelajaran yang menjadi pendukung
di dalam aktiviti pengajaran. Malah, ada sesetengah seorang guru tidak fokus
terhadap pekerjaannya sebab kurang mampu menempatkan diri di hadapan pelajarnya
dan tidak mempunyai idea atau motivasi untuk membuat kelas menjadi hidup
(berkesan, kaku dan tak membosankan). Aktiviti pengajaran juga kurang
melibatkan pelajar untuk bekerja di dalam kelompok – kelompok kecil bagi
melakukan perbincangan ringkas.
Masalah yang wujud ini haruslah ditangani
dengan sebaik mungkin. Oleh itu, guru perlulah bijak untuk mengaplikasikan
kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai untuk menarik minat minat pelajar
terhadap komsas.
2.0
Objektif
Bagi mereka yang berkesempatan untuk
membaca blog ini, diharap mereka dapat;
a) Memahami masalah yang dihadapi dalam
pengajaran Komsas
b) Mengenal pasti kaedah dan pendekatan
yang boleh digunakan dalam pengajaran Komsas
c) Mengaplikasi teknik pengajaran yang
disediakan dalam blog kepada pelajar
3.0
Kaedah Berfokus
Pendekatan
berfokus ialah pendekatan kajian yang memberikan tumpuan pada sesuatu aspek
sastera semasa pelajar mencerakin teks sastera. Walau bagaimanapun, terdapat
juga unsur-unsur sampingan lain yang menjadi fokus kajian. Kajian yang
dilakukan berdasarkan pendekatan ini boleh menghasilkan pencerakinan yang kemas
kerana adanya pemilihan fokus pada aspek yang dibincangkan. Pelajar dapat
meneliti hal-hal yang tersirat dan tidak terhad kepada perkara-perkara yang
tersurat sahaja dengan melakukan pembacaan yang mendalam. Maka, jelaslah bahawa
pendekatan berfokus ialah pendekatan pengajaran yang menekankan sesuatu aspek
yang tertentu dalam sesebuah karya sastera bagi setiap pengajaran dan
pembelajaran di samping menyentuh aspek-aspek lain secara sampingan. Terdapat
beberapa ciri Pendekatan Berfokus seperti kajian bermula dan berdasarkan aspek
yang paling menonjol dalam sesebuah karya sastera, aspek yang paling menonjol
menjadi Fokus Utama, perkara atau aspek lain yang kurang menonjol menjadi Fokus
Sampingan. Fokus Utama (FU) dan Fokus Sampingan (FS) saling berkaitan dan boleh
bertukar ganti. Misalnya, dalam satu pelajaran, watak menjadi FU dan bahasa FS.
Pada pelajaran lainnya bahasa menjadi FU dan watak FS.
Pengkaji
telah memilih pendekatan berfokus untuk mengajarkan cerpen Jaket Kulit Kijang
dengan memfokuskan perwatakan dan fokus sampingannya ialah sinopsis dan nilai.
Latihan ini diharapkan dapat menjadi rujukan kepada pelajar-pelajar untuk
menambahkan lagi penguasaannya dalam tajuk ini dan membantu guru yang
kekeringan idea dalam mempelbagaikan pengajaran mereka.
4.0 Pendekatan Konstruktivisme
Mengikut Konstruktivisme, pengetahuan dibina secara aktif oleh
individu yang berfikir. Individu ini tidak menyerap secara pasif sebarang
pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang
maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan
baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya
Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan
kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik
berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan
daripada orang lain (McBrien & Brandt,1997).
Manakala, menurut Briner, M.(1999) murid membina pengetahuan mereka dengan
menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada,
mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru
yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.
Dalam proses membina pengetahuan baru, murid akan berfikir untuk
menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam
menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Sebagai contoh, ini boleh dicapai
melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal pasti masalah,
mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpretasi dan membuat
kesimpulan.
Kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila
mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Seorang murid
yang memahami apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang
baru dalam kehidupan dan situasi baru. Setelah memahami sesuatu konsep, murid
akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara
aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada
untuk membina pengetahuan baru. Murid yang belajar secara konstruktivisme
diberi peluang untuk membina sendiri kefahaman mereka tentang sesuatu. Ini
menjadikan mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi dan
menyelesaikan masalah dalam situasi baru.
5.0 Nota Cerpen Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul (Maskiah
Haji Masrom)
5.1
Sinopsis
Mengisahkan aku yang mengikut rombongan Passage Tour and Travel ke Turki
dengan membawa RM 1,800.00 atau USD400. Sebelum berlepas ke Turki, aku telah
menyenaraikan barang-barang yang hendak dibeli sebagai cenderamata untuk
saudara-mara, rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah. Sebelum sampai di
Istanbul, rombongan kami sudah melawat tempat-tempat bersejarah yang lain
iaitu Bursa, Pamukkale, Konya, Cappadocia dan Bolu. Aku tidak membeli
cenderamata yang unik di tempat yang telah dilawati, sebaliknya ingin
membeli-belah di Istanbul. Encik Yuksel, pemandu pelancong sudah memberikan
enam panduan membeli-belah di Istanbul iaitu jangan beli barangan di tepi
jalan, jangan jalan bersendirian, jangan beritahu peniaga negeri asal, jangan
naik ke tingkat atas, tawar harga barang yang hendak dibeli sehingga 70
peratus dan jangan gunakan kad kredit. Aku juga sudah mengetahui watak
orang-orang Turki yang kasar dan tidak mempedulikan orang lain ketika
melakukan tawaf daripada Hajah Normah.
Rombongan itu singgah
di pusat beli belah Grand Bazaar yang menempatkan 6,000 buah kedai. Aku
berjalan bersama-sama Kak Chah, Dr. liza, Shahmeem, Hajah Zalehon dan Hajah
Normah. Aku dapati cenderaman yang dijual di Istanbul lebih mahal daripada di
tempat-tempat lain yang telah dilawati di Turki. Aku serta rakan-rakannya
juga berasa sukar untuk menawar harga barangan yang hendak dibeli kerana
tiada tanda harga dipamerkan dan harga barangan hanya akan diberitahu
jika ditanya. Melintasi sebuah kedai menjual jaket kulit, Aku terpaku pada
sepasang sarung tangan kulit berwarna hitam di rak cermin. Aku mengimbas akan
abang Long yang menunggang motosikal pergi balik kerja. Andai ada sarung
tangan kulit, tentu tangan Abang Long itu tidak terdedah pada terik matahari.
Pemuda Turki yang tampan selaku penjual di kedai itu seakan dapat membaca isi
hati menunjukkan sarung tangan kulit itu namun Aku tidak berani mengambilnya
kerana tidak mengetahui akan harganya. Penjual yang tampan itu amat ramah dan
bijak memujuk pelanggan dan berbudi bahasa pada awalnya. Pekedai itu tidak
berhenti memujuk kami supaya masuk ke kedainya dan membeli jaket kulit di
kedainya dan telah menghidangkan air teh panas perisa epal ketika kami berada
di dalam kedainya.
Pemuda tampan itu
menyuruh aku mencuba jaket kulit yang cantik berharga USD380 kemudian
dikurangkan kepada USD350 dan akhir sekali USD280. Walau bagaimanapun, Aku
masih belum berniat untuk mencari pengganti jaket kain yang telah lama
berkhidmat kepadaku dan tidak cukup duit. Namun, kerana ingin mengambil hati
rakan-rakannya atau terhutang budi kerana secawan teh epal, Aku cuba mengenakan
jaket kulit tersebut. Setelah Hajah Normah, Dr. liza, Hajah Zalehon, Kak Chah
dan Shahmeena telah membayar harga jaket pilihan mereka, aku tinggal seorang
diri di dalam kedai dan terus didesak oleh pekedai itu supaya membeli jaket
kulit itu. Aku dengan kata-kata
berbudi bahasa mengambil keputusan untuk tidak membeli jaket tersebut. Wajah
pekedai bertukar masam dan marah dengan tindakan Aku dan mengeluarkan
kata-kata kesat dan menghalang laluanku. Aku tidak menyangka akan
diperlakukan seperti itu. Setahu aku, sepanjang di Turki aku sudah bersedekah
sebanyak empat kali dan melengkapkan diri dengan bacaan Yasin dan al-Mathurat
sebagai pendinding diri.
Semasa di dalam bas
pulang ke hotel aku membaca puisi karya Mevlana dalam buku Mevlana Celaleddin
Rumi and The Whirling Dervishes yang dibeli di Konya. Puisi-puisinya
bertemakan kasih sayang sesama insan tanpa tanpa mengira agama dan bangsa.
Pemikiran Mevlana bertentangan dengan sikap pekedai jaket kulit tadi.
Perjalanan melawat Egyptian Market, Aku didatangi seorang remaja kurus dan
bercakap separuh berbisik menjual barangan Black market. Melewati rakan Aku,
Kak Chah dan Shahmeem, lelaki dewasa bertubuh tegap iaitu seorang polis
menangkap remaja tersebut atas kesalahan menjual barangan Black market.
Ketika beratur menaiki feri menyeberangi Selat Bhosporus, seorang lelaki tua
dengan berani meletakkan sehelai jaket kulit berwarna hitam di lengan Aku.
Rakan Aku, Shahmeem menunjukkan minat dan membeli dengan harga AS$ 120, namun
tidak sesuai dengannya apabila dipakai. Shahmeem menjual pula kepada Aku
dengan harga AS$100. Aku terpaku namun dapat menggembirakan hati Shahmeem.
Aku juga menggambarkan tidak praktikalnya jaket itu digunakan di Malaysia,
tidak sesuai dipakai dengan cuaca di Malaysia. Perlu dijaga dengan rapi,
tidak boleh dilipat sembarangan, kulitnya tidak tahan lasak dan jika koyak
pula tidak dapat dijahit dengan benang. Jelas sekali Aku terlihat lebih
seekor Kijang akan dibunuh untuk mendapatkan sehelai jaket kulit.
Akhirnya Aku
berhasrat untuk menggembirakan orang lain. Dia akan menjual jaket itu dan
wang jualan akan didermakan kepada mana-mana zoo yang mempunyai kandang
kijang, sabagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang terkorban demi gaya
hidup yang penuh dengan kemodenan.
|
5.2 Watak dan Perwatakan
5.2.1
Watak
Utama: Aku ( Mas )
a) Gemar
membaca.
Aku
gemar membaca kerana dia akan leka membeli dan membaca buku jika terjumpa kedai
yang menjual buku.
b) Baik
dan murah hati.
Aku
begitu bermurah hati dengan memberikan wang sebanyak lima lira kepada wanita
tua yang menjual makanan burung walaupun harga sepiring hanya satu lira.
c) Berbudi
bahasa.
Aku
dengan sebaik mungkin berbudi bahasa kepada pekedai Turki kerana tidak mahu
membeli jaket kulit agar pekedai itu tidak berasa kecil hati.
d) Tidak
boros berbelanja.
Aku
tidak terpengaruh dengan layanan mesra pekedai Turki agar membeli jaket kulit
kijang itu.
e) Sayang
akan haiwan.
Aku
begitu menyayangi haiwan seperti kijang kerana dia berhasrat untuk memberikan
wang hasil jualan jaket kulit kijang kepada mana-mana zoo yang mempunyai
kandang kijang agar dapat memelihara haiwan tersebut daripada menjadi korban
arus pemodenan.
f) Bersederhana
apabila berbelanja.
Aku
telah membuat senarai barangan yang hendak dibeli agar tidak melebihi
perbelanjaan yang telah diperuntukan.
g) Penyabar
Mas
tetap bersabar walaupun dimarahi dan dilayan dengan buruk oleh pekedai Turki.
5.2.3
Watak Sampingan
5.2.3.1
Pekedai Turki
a) Pemuda
berkulit putih
b) Mempunyai
kumis (misai)
c) Fasih
berbahasa inggeris.- Pekedai Turki berbahasa inggeris apabila berkomunikasi
dengan pelanggan yang datang ke kedainya.
d) Peramah
dan mesra. Pekedai Turki kelihatan begitu peramah dan mesra ketika melayan
pelanggan di kedainya.
e) Tidak
berputus asa. Pekedai Turki tidak berputus asa memujuk pelanggannya membeli
barang jualannya.
f) Pandai
mengambil hati. Pekedai Turki sangat pandai mengambil hati pelanggannya dengan
memberikan kata-kata manis.
g) Cepat
marah. Pekedai Turki cepat naik amarah kerana pelanggannya tidak mahu membeli
barangannya walaupuan telah mencubanya.
5.2.3.2
Polis Turki
a) Lelaki
dewasa
b) Bertubuh
tegap
c) Berbaju
T dan berseluar panjang
d) Berwajah
serius –Polis Turki kelihatan serius ketika dia menjalankan tugasnya apabila
dia menangkap seorang remaja yang menjual barangan pasaran gelap.
5.2.3.4
Shahmeem
a) Kawan
kepada Aku
b) Mudah
terpengaruh. Shahmeem terpengaruh dengan sehelai jaket hitam yang dijual secara
pasaran gelap tanpa mengetahui ukuran saiznya.
c) Murah
hati. Shahmeem bermurah hati dengan mengurangkan sebanyak AS$20 daripada harga
asal pasaran gelap kepada Aku kerana jaket kulit kijang itu tidak padan
dengannya.
5.3 Nilai
1. Kegigihan
– pekedai Turki begitu gigih dan tidak berputus asa meyakinkan pelanggannnya
agar membeli barangan kulitnya.
2. Keprihatinan
– Aku begitu prihatin dengan pembunuhan haiwan kijang kerana kulitnya untuk
dijadikan jaket.
3. Berjimat
cermat – Aku telah membuat senarai barangan yang perlu dibeli untuk dibawa
pulang agar tidak melebihi perbelanjaan.
4. Keikhlasan
– Aku dengan ikhlas memberi derma kepada pengemis seperti pengait benang, kanak-kanak
bersama-sama datuknya yang buta serta lelaki tua yang cacat anggotanya.
5.4 Pengajaran
1. Kita
haruslah bersikap berjimat cermat dalam urusan perbelanjaan seharian maupun
semasa melancong ke luar negara. Contoh: Cenderamata untuk keluarga : 29 helai
baju T, 2 helai untuk keluarga Anim, masing-masing sehelai untuk Tahrir, Nadia
dan Salleh.
2. Kita
hendaklah bersikap ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara tanpa mengira taraf
kehidupan seseorang. Contoh: Aku begitu bermurah hati dengan memberikan wang
sebanyak lima lira kepada wanita tua yang menjual makanan burung walaupun harga
sepiring hanya satu lira serta ikhlas memberi derma kepada pengemis seperti
pengait benang, kanak-kanak bersama-sama datuknya yang buta serta lelaki
tua yang cacat anggotanya.
3. Kita
wajar mempunyai sikap gigih dalam melakukan pekerjaan supaya hasil yang
diinginkan tercapai. Contoh: Pekedai Turki gigih memberikan layanan yang mesra
kepada pelanggannya dengan memberikan layanan yang baik serta memberikan minuman
percuma kepada pelanggannya dengan harapan pelanggannya itu membeli
barangannya.
4. Kita
patut bersikap prithatin terhadap haiwan yang dilindungi agar habitatnya tidak
pupus. Contoh: Aku begitu prihatin terhadap haiwan seperti kijang kerana dia
berhasrat untuk memberikan wang hasil jualan jaket kulit kijang kepada
mana-mana zoo yang mempunyai kandang kijang agar dapat memelihara haiwan
tersebut daripada menjadi korban arus pemodenan.
6.0 Teknik-teknik dalam pengajaran
komsas
Pelbagai
teknik boleh dilakukan oleh guru untuk menjadikan pengajaran itu menyeronokkan
dan berpusatkan murid. Antara tekniknya adalah seperti berikut:
6.1
Teknik Bedah Karya
Definisi
Proses
mengesan maklumat tentang aspek-aspek sastera yang tertentu seperti latar
masyarakat, nilai masyarakat dan bentuk sajak.
Langkah Pelaksanaan Teknik
i.
Guru memilih bahan sama ada prosa atau puisi yang akan diajar.
ii.
Guru memilih aspek komsas yang akan menjadi fokus perbincangan pada hari itu.
iii.
Guru menandakan aspek yang akan menjadi fokus pembelajaran dalam bahan yang
disediakan dengan menggunakan simbol-simbol tertentu atau garisan-garisan
iv.
Murid diarahkan untuk memasukkan maklumat berdasarkan simbol dan garis yang
dibina oleh guru dalam bahan.
Aktiviti ini perlu diikuti dengan semakan jawapan secara perbincangan kelas dan pengukuhan kefahaman akan konsep tersebut oleh guru dan murid.
Aktiviti ini perlu diikuti dengan semakan jawapan secara perbincangan kelas dan pengukuhan kefahaman akan konsep tersebut oleh guru dan murid.
Contoh Latihan
Nyatakan
perwatakan watak berdasarkan ayat yang dihitamkan dalam petikan.
Malam
terakhir di Istanbul, kak Chah yang sebilik denganku tidur awal. Pasti
kepenatan selepas berjalan mengelilingi kota bersejarah itu. Aku
menyusun barang-barang yang akan dibawa
pulang. Tiga buah buku, enam belas baju
–T, tujuh kotak manisan kokum, dua kotak buah epal, sepuluh utas rantai kunci,
lapan bentuk senduk kayu bertulis ayat Al-Quran, empat keping pelekat magnet,
tiga utas gelang manik, lima buah anak patung Turki,dan sebotol orga.Kesemuanya
tidak menurut jumlah yang telah aku rancangkan. Bermakna, banyak yang tidak akan mendapat cenderamata
sekembalinya aku dari Turki.
Sebenarnya
duit aku cuma tinggal USD70 selepas aku membeli jaket kulit kijang. Aku
memandang jaket yang kini terletak
diatas katil. Aku hanya membayar USD 100 kepada Shahmeem. Dia mengurangkan USD20 daripada harga pasaran gelap sebagai
tanda terhutang budi.
Aku
tidak nampak praktikalnya jeket itu untuk kegunaan harian di Malaysia. Memakainya pasti akan membuat diri terasa panas dalam cuaca
terik di tanah air. Jika keluar negara, jaket itu cuma sesuai dipakai
pada musim sejuk.
Menjaganya pasti memerlukan kerapian. Tidak boleh dibasuh. Tidak boleh
dilipat sembarangan. Walaupun harganya mahal, jaket kulit bukannya sesuatu yang
tahan lasak. Kainnya mudah carik jika koyak, tidak dapat dijahit dengan benang.
6.2 Teknik Meramal
Teknik
ini boleh didefinisikan sebagai melukis atau menampal wajah watak.
Langkah
mengajar:
a) Murid
membaca petikan cerpen
b) Murid
berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti watak utama dan watak sampingan.
c) Dalam
kumpulan, murid akan berbincang tentang perwatakan luaran dan dalaman watak
utama dan watak sampingan.
d) Berdasarkan
perwatakan luaran dan dalaman, murid akan melukis atau menampal wajah watak
tersebut.
Teknik
ini amat sesuai digunakan dalam pengajaran cerpen dan novel.
Contoh soalan
Berdasarkan peta buih di atas, lukiskan gambar watak yang sesuai dengan perwatakan yang diberikan. Kemudian, isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
Berdasarkan peta buih di atas, lukiskan gambar watak yang sesuai dengan perwatakan yang diberikan. Kemudian, isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
6.3 Teknik Tunjuk
Cara
i.
Seorang murid diminta ke hadapan kelas
untuk membacakan satu petikan daripada cerpen.
ii.
Setiap orang murid diberi petikan yang sama dalam bentuk lembaran grafik.
iii.
Guru meminta murid mengenal pasti nilai
kemanusiaan yang terdapat dalam petikan
iv.
Guru mendorong murid melengkapkan lembaran grafik
v.
Guru mengedarkan petikan lain untuk dilengkapkan oleh pelajar.
i.
Tunjuk cara teknik (contoh cerpen: Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul)
a) Guru
memilih seorang murid sebagai watak utama (Aku / Mas) dan enam orang murid
untuk bertanya soalan yang telah disediakan oleh murid.
b) Contoh
soalan-soalan:
1.
Apakah aku ikhlas memberi derma
kepada pengemis seperti pengait benang, kanak-kanak bersama-sama datuknya
yang buta serta lelaki tua yang cacat anggotanya?
2.
Sebagai seorang yang pembeli,
adakah aku prihatin terhadap haiwan yang dilindungi?
3.
Adakah kita perlu berjimat cermat
ketika berbelanja?
|
c) Guru
mengarahkan murid lain mengisi nilai dan pengajaran dalam bahan lampiran
berdasarkan jawapan yang diberikan oleh peranan utama.
d) Contoh
soalan dalam bahan lampiran:
|
Rumusan,
murid diminta menyenaraikan nilai berdasarkan jawapan yang ditulis dan menyatakan
pengajaran berdasarkan nilai dengan sokongan peristiwa dalam cerpen yang
berkaitan.
7.0 Kesimpulan
Sebenarnya terdapat banyak kaedah, pendekatan dan aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Komsas. Oleh itu, guru perlulah mempunyai pengetahuan dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar atau pedagogi terkini yang melibatkan kaedah, pendekatan, teknik dan strategi mengajar komsas. Guru juga perlu mahir untuk menggunakan pelbagai kaedah pengajaran bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Banyak pendekatan pengajaran yang boleh digunakan oleh guru seperti pendekatan konstruktivisme, konstektual, koperatif dan kolaboratif. Selain itu, untuk melahirkan insan bestari, guru perlu mengambil kira kepelbagaian pembelajaran murid yang visual, auditori dan kinestetik dan digabungkan pula dengan pelbagai tahap kecerdasan murid seperti yang terkandung dalam Teori Pelbagai Kecerdasan Howard Gardner iaitu logik, linguistik, muzik, kinestatik, interpersonal, intrapersonal, ruang dan naturalistik.
Sebenarnya terdapat banyak kaedah, pendekatan dan aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Komsas. Oleh itu, guru perlulah mempunyai pengetahuan dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar atau pedagogi terkini yang melibatkan kaedah, pendekatan, teknik dan strategi mengajar komsas. Guru juga perlu mahir untuk menggunakan pelbagai kaedah pengajaran bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Banyak pendekatan pengajaran yang boleh digunakan oleh guru seperti pendekatan konstruktivisme, konstektual, koperatif dan kolaboratif. Selain itu, untuk melahirkan insan bestari, guru perlu mengambil kira kepelbagaian pembelajaran murid yang visual, auditori dan kinestetik dan digabungkan pula dengan pelbagai tahap kecerdasan murid seperti yang terkandung dalam Teori Pelbagai Kecerdasan Howard Gardner iaitu logik, linguistik, muzik, kinestatik, interpersonal, intrapersonal, ruang dan naturalistik.





